Nota Meera Akmar: October 2018

Tips Berpakaian Mengikut Jenis Bentuk Badan

Hi korang! 

Hari ni Kakmee🍜 nak share pulak dengan korang macam mana korang nak dress up ikut jenis bentuk badan. So barulah korang akan nampak WOW!πŸ’₯πŸ’¦ hehehe. Haa sebelum tu korang yang masih tak tahu jenis bentuk badan korang tu baca kat Jenis bentuk badan ni dulu okay!

1. Strawberry πŸ“ (segi tiga terbalik)

  • Korang yang mempunyai bentuk badan jenis ni kena cuba seimbangkan bahagian atas dan bawah badan.
  • Cuba alihkan perhatian dari bahagian bahu yang lebar dengan memilih blouse yang 'well-fitted' dan jacket yang berwarna gelap.
  • Bagi yang tidak bertudung V neck atau Square neck sesuai dengan korang.
  • Seluar yang sesuai pulak adalah high-waist atau skirt untuk memberikan sedikit volume pada bahagian bawah badan.
  • Korang ni bertuah sebab semua jenis potongan jeans dari bootcut hingga la straight cut adalah sesuai dengan korang.

2. Hourglass ⌛

  • Korang yang mempunyai bentuk badan hourglass ni dikatan paling bertuah dan paling cantik. Tapi korang kena tahu juga macam mana nak pilih pakaian yang sesuai. Sama juga macam bentuk badan lain kalau tersalah pilih akan kurang wownya.hehe πŸ˜‚.
  • Cuba highlight bentuk badan korang.
  • Jangan pakai baju yang terlalu besar. Maksud kakmee 🍜jangan la korang size M pergi pakai size XXL.hahaha.
  • Pakai belt akan membantu korang bergaya dan nampak ramping gittew
  • Potongan baju yang sesuai juga dengan korang adalah Peplum.
3. Banana 🍌

  • Selalunya bentuk badan jenis ni kurus dan tinggi. Selalunya laa.hahaha
  • Apa yang korang perlu buat adalah pakai pakaian yang berikan ilusi pada pinggang. So korang takkan nampak terlalu kurus dan lurus.
  • Jangan sesekali tucking in baju tuuuuu. Korang akan nampak lurus nanti.
  • Pakai baju yang labuh ke punggung.
  • Disarankan juga korang untuk pakai tali pinggang untuk berikan ilusi pada pinggang.

4. Pear 🍐

  • Kebanyakkan perrempuan mempunyai bentuk badan pear.
  • Korang yang mempunyai bentuk badan gini pulak mestilah cuba menambahkan volume pada bahagian bahu korang agar nampak lebih lebar. 
  • Cuba pakai pakaian yang memberikan effect #kurus pada bahagian bawah badan iaitu pada pinggul dan peha.
  • Jeans/ pants paling sesuai ialah bootcut, flared atau straight cut.
  • Berikan attention pada bahagian atas badan korang dengan memakai baju berwarna cerah seperti putih, kuning atau orange.
  • Pakai vest atau jacket pon bagus juga untuk tambahkan volume pada bahagian atas badan korang supaya nampak seimbang.

5. Apple 🍎


  • Untuk korang yang mempunyai apple body shape ni digalakkan untuk pakai tunic yang labuh. Pakaian ini akan membuatkan korang nampak #slim dan #tinggi.
  • Korang boleh juga pakai skinny jeans dengan long tunic. So korang nampak #kurus.
  • Jeans / pants yang bersesuain ialah jenis straight cut dan kalau korang nak pakai skirt pilihlah A shape.





Amacam korang? Best ke best sangat tips yang Kakmee 🍜 share ni? Banyak lagi taw tips yang Kakmee 🍜 nak share dengan korang. Stay tune!

p/s: Kepada uols yang nak beli baju tu bolehlah ke website ni >>> Kurung Camellia <<< Cantik-cantik taw. Confirm korang kababom πŸ’₯

withlove,
kakmee

Korang rasa apa jenis bentuk badan korang?

Hi korang!

Hari ni Kakmee rasa macam nak share pasal bentuk badan. Hari tu kan Kakmee ada share pasal nak pilih handbag kan. So Kakmee rasa kita patut tahu la kan bentuk badan kita ni sebenarnya jenis apa.


Bentuk badan perempuan ni sebenarnya very curvy. Kita ni memang orang cakap makhluk yang unik dan istimewa la.hahaha... Bila dah tahu bentuk badan barulah senang korang nak pilih nak pakai baju apa, warna apa, handbag apa dan macam-macam lagi laa. Biasa laaa perempuan kan always complicated sebab kita kan unik dan makhluk yang always right. kihkihkih...









Haaa.. so korang dah tahu ke belum bentuk badan korang? Pendapat Kakmee  tak kisah la bentuk badan korang pear ke apple ke durian ke rambutan ke petai ke.. yang penting setiap bentuk badan tu adalah anugerah yang unik. So jangan risau okay...



WithLove,
Kakmee
_____________________________________________________________

Korang dah tahu bentuk badan korang yang mana?☺️



Klik sini kalau nak tambah koleksi baju kurung >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/

Gaya Handbag Mengikut Bentuk Badan - Confirm Korang Nampak WOW!

Semua wanita mesti ada handbag betul tak? Korang beli handbag selalunya akan pilih bag tu sebab apa? :

a) Trend terkini ?

b) Cantik ?
c) Berkualiti?
d) Harga Berpatutan?

Haaa korang mesti terkejut kan kalau Kakmee cakap yang sepatutnya bila nak beli handbag 1st sekali kita patut tengok handbag tu sesuai atau tak dengan BENTUK BADAN kita? hehehe... Hari ni Kakmee nak share cara nak pilih handbag supaya korang akan nampak #syantik dan nampak #gadisvogue gittewww. Tips ni Kakmee dapat dari sumber Buzzle.com. Semoga bermanfaat untuk korang!











WithLove,
Kakmee
______________________________________________________________

Selain handbag, baju kurung pun kena pilih corak yang sesuai.

Klik sini untuk pelbagai corak baju kurung >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/


Langkah-langkah yang Terbukti Berkesan Membuatkan Anda Tampak Kurus dalam Foto

Pada zaman FB dan IG ni haruslah gambar yang cantik ala model itu penting ye dok? Barulah semangat nak #ootd. Hihi. 




Nahhh Kakmee share dengan korang. Confirm korang nampak kuwus kalau follow betul-betul. Yang berbadan gempal macam Kakmee mesti nampak macam Fazura uolss dan kalau yang dah sedia kurus tu nak follow pon bolehhhh... tapi confirm korang nampak macam skeleton kat lab anatomi Kakmee. hihi. Jangan marah uols. Gurau je. 


Jom check it out!



No. 1

No. 2

No. 3
 No. 4

 No. 5


No. 6 (psss... yang ni macam kelakar!)

Apa lagi uolss tunggu, cubalah!


WithLove,
Kakmee ibu 7 ekor tucin.
________________________________________________________

Nak nampak kurus hanya dengan sepasang baju kurung?

Klik sini untuk solusi >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/


Cara Menjadikan Pejabat sebagai Ladang Pahala


Kebanyakkan wanita pada zaman serba maju dan moden ini merupakan wanita berkerjaya. Tidak kiralah samada berkerja di sektor awam, swasta ataupon mempunyai perniagaan sendiri. Hal ini menjadikan masa wanita itu sangat berharga dan terhad. Wanita bekerjaya boleh jadikan tempat kerja sebagai ladang pahala dengan mengamalkan amalan berikut :

1. NIAT BEKERJA SEBAGAI IBADAH


  • Amal yang kecil boleh menjadi besar di sisi Allah hanya kerana niat
  • Sebab itulah pentingnya kita berniat sebelum melakukan sesuatu perkara, tak kira kecil atau besar
  • Sebagai wanita bekerjaya, kita boleh niatkan bekerja sebagai ibadah tempat kita mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan



2. JAUHI SIFAT EGO

  • Sebagai pekerja, buanglah jauh – jauh perasaan diri kita lebih hebat kerana wanita secara fitrahnya adalah seorang yang lemah – lembut dan sopan tutur katanya
  • Jika kita berjawatan tinggi, elakkan tanggapan rezeki pekerja bawahan terletak pada kuasa yang kita ada
  • Sebabnya rezeki pekerja tersebut datang dari Allah, kita cuma perantara sahaja

3. MUDAHKAN URUSAN ORANG
  • sikap hormat-menghormati tanpa mengira pangkat dan sifat berkasih sayang sesama pekerja akan mewujudkan suasana yang harmoni
  • kita juga akan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan urusan kerja
  • terapkan juga nilai bertolak ansur dengan memudahkan urusan yang sukar



4. JANGAN MERUNGUT


  • Betulkan mindset “saya kena buat kerja” kepada “saya mahu buat kerja” supaya kita dapat bekerja dengan tenang dan tak stress
  • Dengan mindset ini, kita akan buat kerja bersungguh-sungguh tanpa merungut atau mengeluh

5. MENJAGA HUBUNGAN SESAMA PEKERJA


  • Tunjukkan sikap dan tingkah laku kita yang baik kepada semua orang, tak kira dengan siapa kita bertemu atau berurusan di pejabat
  • Janganlah di rumah kita bersikap lemah lembut tetapi di pejabat kita bersikap garang dan sombong



"Pejabat ibarat rumah kedua bagi wanita yang bekerja.
Jadi, sia-sia lah kalau kita tak dapat manfaatkan pejabat
sebagai ladang pahala"







Ikhlas,
Meera
_____________________________________________________________________________

Jemput ke website kami untuk tambahkan semangat nak pergi kerja dengan shopping baju kerja baru ☺️

Klik sini >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/

Stress dikalangan Wanita Berkerjaya dan Cara Mengatasi

Tekanan atau lebih dikenali sebagai stress merupakan perasaan kebimbangan dan ketegangan fizikal yang berlaku apabila sesuatu bebanan yang menimpa seseorang adalah diluar kemampuannya.

           
Tidak dapat dinafikan bahawa wanita berkerjaya pada era moden ini mempunyai cabaran yang tersendiri. Wanita bekerja sangat sibuk menguruskan kerjaya serta dalam masa yang sama masih perlu menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. 24 jam bagi wanita berkerjaya kadang dirasakan tidak cukup. Namun begitu wanita yang menjadi suri rumah juga mempunyai cabaran yang tersendiri.

 Mana tak stressnya, dah la kerja di pejabat sudah menimbun dan apabila pulang ke rumah perlu uruskan hal rumahtangga seperti memasak, uruskan anak-anak serta suami pula. Kalau ikutkan hati boleh stress jadinya apabila kita mula dibebani dengan kerja yang terlampau banyak. Bila dah stress mulalah anak-anak dan pasangan menjadi mangsa amarah.

Cuba gunakan 5 tips ini bagi mengurangkan stress yang dihadapi:

1.        JANGAN BAWA PULANG KERJA PEJABAT KE RUMAH
Cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat di pejabat. Ini akan membuatkan anda dapat memberikan penumpuan sepenuhnya pada keluarga.


2.        LUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA
Cuba lakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga seperti membaca buku bersama anak-anak, makan malam bersama, teman anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan menonton TV. Benda yang paling penting adalah ELAKKAN DARI MEMEGANG TELEFON samada untuk kerja, scroll fb/ig ataupun bermain games. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berulang lagi. Cuba sedaya upaya untuk menciptakan komunikasi dua hala bersama ahli keluarga anda.

3.        ME-TIME ATAU SELF-REWARD
Anda boleh manjakan diri anda. Pergilah spa atau membeli-belah berseorangan. Lakukan hobi yang boleh buatkan anda happy.
Minta pasangan anda berikan anda masa sehari dalam sebulan untuk anda menikmati hari anda. Berbincanglah nescaya pasangan anda akan memahami.




4.        BERSENAM

Percayalah gaya hidup sihat mempengaruhi emosi anda. Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 kali seminggu bersama keluarga. Pergi jogging atau berbasikal bersama pasangan dan anak-anak. Dalam masa yang sama anda boleh langsing taw! Bertambah sayang cik abang. Hihi.

5.         IBADAH
Percayalah dengan menjaga ibadah, Allah akan mudahkan segala kerja kita. Banyakkan berdoa dan beristighfar jika berada dalam tekanan yang sudah tidak terkawal. Bacalah Al-Quran sekurang-kurang satu muka surat sehari. Kehidupan kita akan lebih teratur. Yang paling penting, solatlah subuh kerana itulah permulaan hari kita.

Tidak semua stress itu buruk

Jika kita mengejar datelines, mendidik anak dan sebagainya akan sentiasa membuatkan kita stress.  Tetapi dengan tekanan akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.
Akan tetapi sebagai manusia kita tidak mungkin dapat hidup dalam tekanan sentiasa. Kita memerlukan masa untuk merehatkan diri. 




WithLOVE,
kakmee

______________________________________________________________________

Salah satu cara untuk hilangkan stress ialah shopping baju kerja baru.

Jemput ke website kami untuk hilangkan stress ☺️


Klik sini >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/