Tekanan
atau lebih dikenali sebagai stress merupakan perasaan kebimbangan dan
ketegangan fizikal yang berlaku apabila sesuatu bebanan yang menimpa seseorang
adalah diluar kemampuannya.
Tidak dapat dinafikan bahawa wanita
berkerjaya pada era moden ini mempunyai cabaran yang tersendiri. Wanita bekerja
sangat sibuk menguruskan kerjaya serta dalam masa yang sama masih perlu
menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. 24 jam bagi wanita
berkerjaya kadang dirasakan tidak cukup. Namun begitu wanita yang menjadi suri rumah juga mempunyai cabaran yang tersendiri.
Mana tak stressnya, dah la kerja di pejabat sudah menimbun dan
apabila pulang ke rumah perlu uruskan hal rumahtangga seperti memasak, uruskan
anak-anak serta suami pula. Kalau ikutkan hati boleh stress jadinya apabila
kita mula dibebani dengan kerja yang terlampau banyak. Bila dah stress mulalah
anak-anak dan pasangan menjadi mangsa amarah.
Cuba gunakan 5 tips ini bagi mengurangkan stress yang
dihadapi:
1. JANGAN BAWA PULANG KERJA PEJABAT KE
RUMAH
Cuba
sedaya upaya untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat di pejabat. Ini akan
membuatkan anda dapat memberikan penumpuan sepenuhnya pada keluarga.
2. LUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA
KELUARGA

3. ME-TIME ATAU SELF-REWARD
Anda
boleh manjakan diri anda. Pergilah spa atau membeli-belah berseorangan. Lakukan hobi yang boleh buatkan anda happy.
Minta
pasangan anda berikan anda masa sehari dalam sebulan untuk anda menikmati hari
anda. Berbincanglah nescaya pasangan anda akan memahami.
4. BERSENAM
Percayalah
gaya hidup sihat mempengaruhi emosi anda. Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya
3 ke 4 kali seminggu bersama keluarga. Pergi jogging atau berbasikal bersama
pasangan dan anak-anak. Dalam masa yang sama anda boleh langsing taw! Bertambah
sayang cik abang. Hihi.
5. IBADAH
Percayalah
dengan menjaga ibadah, Allah akan mudahkan segala kerja kita. Banyakkan berdoa
dan beristighfar jika berada dalam tekanan yang sudah tidak terkawal. Bacalah
Al-Quran sekurang-kurang satu muka surat sehari. Kehidupan kita akan lebih
teratur. Yang paling penting, solatlah subuh kerana itulah permulaan hari kita.
Tidak semua stress itu
buruk

Akan tetapi sebagai
manusia kita tidak mungkin dapat hidup dalam tekanan sentiasa. Kita memerlukan
masa untuk merehatkan diri.
WithLOVE,
kakmee
______________________________________________________________________
Salah satu cara untuk hilangkan stress ialah shopping baju kerja baru.
Jemput ke website kami untuk hilangkan stress ☺️
Klik sini >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/
No comments:
Post a Comment