Nota Meera Akmar: Cara Menjadikan Pejabat sebagai Ladang Pahala

Cara Menjadikan Pejabat sebagai Ladang Pahala


Kebanyakkan wanita pada zaman serba maju dan moden ini merupakan wanita berkerjaya. Tidak kiralah samada berkerja di sektor awam, swasta ataupon mempunyai perniagaan sendiri. Hal ini menjadikan masa wanita itu sangat berharga dan terhad. Wanita bekerjaya boleh jadikan tempat kerja sebagai ladang pahala dengan mengamalkan amalan berikut :

1. NIAT BEKERJA SEBAGAI IBADAH


  • Amal yang kecil boleh menjadi besar di sisi Allah hanya kerana niat
  • Sebab itulah pentingnya kita berniat sebelum melakukan sesuatu perkara, tak kira kecil atau besar
  • Sebagai wanita bekerjaya, kita boleh niatkan bekerja sebagai ibadah tempat kita mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan



2. JAUHI SIFAT EGO

  • Sebagai pekerja, buanglah jauh – jauh perasaan diri kita lebih hebat kerana wanita secara fitrahnya adalah seorang yang lemah – lembut dan sopan tutur katanya
  • Jika kita berjawatan tinggi, elakkan tanggapan rezeki pekerja bawahan terletak pada kuasa yang kita ada
  • Sebabnya rezeki pekerja tersebut datang dari Allah, kita cuma perantara sahaja

3. MUDAHKAN URUSAN ORANG
  • sikap hormat-menghormati tanpa mengira pangkat dan sifat berkasih sayang sesama pekerja akan mewujudkan suasana yang harmoni
  • kita juga akan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan urusan kerja
  • terapkan juga nilai bertolak ansur dengan memudahkan urusan yang sukar



4. JANGAN MERUNGUT


  • Betulkan mindset “saya kena buat kerja” kepada “saya mahu buat kerja” supaya kita dapat bekerja dengan tenang dan tak stress
  • Dengan mindset ini, kita akan buat kerja bersungguh-sungguh tanpa merungut atau mengeluh

5. MENJAGA HUBUNGAN SESAMA PEKERJA


  • Tunjukkan sikap dan tingkah laku kita yang baik kepada semua orang, tak kira dengan siapa kita bertemu atau berurusan di pejabat
  • Janganlah di rumah kita bersikap lemah lembut tetapi di pejabat kita bersikap garang dan sombong



"Pejabat ibarat rumah kedua bagi wanita yang bekerja.
Jadi, sia-sia lah kalau kita tak dapat manfaatkan pejabat
sebagai ladang pahala"







Ikhlas,
Meera
_____________________________________________________________________________

Jemput ke website kami untuk tambahkan semangat nak pergi kerja dengan shopping baju kerja baru ☺️

Klik sini >>>>> https://meeraakmar.avana.asia/

No comments:

Post a Comment