Nota Meera Akmar: November 2018

Tona Kulit dan Padanan Warna Pakaian yang Sesuai Siri IV


Kita akan continue dengan padanan warna yang sesuai bagi tona kulit bagi kumpulan 3. 🌷Tona kulit dalam kumpulan ini adalah Tan dan Brown🌷. Orang kita cakap sawo matang. Lawoo orang tona kulit macam gini. Janji kena pandai padanan warna pakaian.

Kat sini kakmee tunjukkan beberapa warna yang sesuai bagi korang ye.

Dark Red

Fuschia Lily

Tangerine Orange

Green Herbal

Saffron

True Purple

Watermelon Pink

Emerald Blue

Salsa Red

Tona Kulit dan Padanan Warna Pakaian yang Sesuai Siri III

Untuk siri kali ini kakmee akan continue dengan tona kulit kumpulan 2 (klik untuk ke post tentang kumpulan tona kulit). Seperti yang kita bincangkan, 🌻kumpulan 2 ni adalah kategori tona kulit medium dan olive🌻. Kalau orang kita cakap takde la gelap dan takla terlalu cerah. Just nice gittew. hehe...

Kita selalu rasa yang ada sesetengah warna tak sesuai dengan kulit kita. Sebenarnya semua warna sesuai TAPI yang membezakan kena ke tak dengan tona kulit adalah kepekatan sesuatu warna. Contohnya tona kulit kita sebenarnya sesuai dengan pastel pink bukan bright pink. dan mungkin sesuai dengan bright yellow berbanding pastel yellow. Gittewwwww ye mengkome!

So kakmee proceed dengan gambar rajah ye padanan warna yang sesuai bagi orang tona kulit medium dan olive ni.


Firebrick (macam orang-red kan)
Pastel Red (color yang jarang orang pilih tapi sangat nice!)



Mahogany 
Pink Orange

Dandelion
Dark Basil


Punch

Dark Grapes
Teal
Ini hanya sebahagian warna yang sesuai dengan tona medium & olive ni. Sebenarnya banyak lagi. Kalau kakmee bagi semua jenuh korang nak khatam nanti.hehe. Tapi dari semasa ke semasa kakmee akan kongsikan sikit-sikit ye dengan korang.

WithLove,
kakmee🍜



Tona Kulit dan Padanan Warna Pakaian yang Sesuai Siri II

Hi guys! Korang excited tak kakmee🍜 nak citer pasal tona kulit dan warna yang sesuai ni? hahaha. Kadang orang ingat semua color sesuai dengan kulit dia. Macam kakmee yang perasan kakmee ni selawa Fazura 💅 . Ehehehe. Idok leeerrr, kakmee dengan fazura ibarat planet bumi 🌍 dengan planet pluto 🌚 jauhnya. hahahaha!

Sekarang kita akan belajar padanan warna pakaian yang sesuai bagi kumpulan 1 dulu. Sape kat sini dah lupa 
kumpulan 1 tu tona kulit apa sila angkat lutut! 😝

🌼Kumpulan 1 ialah orang yang memiliki tona kulit Light dan Fair. Haaa.. So hari ni kakmee akan berikan contoh bergambar dan nama warna tersebut. Alahhh takpe kakmee daham kome semua ni lagi suke jenih bergambar ni kan. Iyelah nak membaca pon panjang berjela katanya. Idok masuk dalam kepala kan. So jom kita mulakan!

🌼Bagi Tona Light and Fair, warna yang paling akan buatkan korang nampak WOW adalah seperti dalam gambar:

 baby pink (so sweet kan color ni!)

 Cherry red! (suntikan garang dan berani)

 Light tangerine

 Salsa red

 baby blue

 yellow snow

blush
Deep Aubergine (kakmee suka!)

Emerald (color yang selalu meletup bila raya!)

Orang selalu cakap berkulit cerah paling sesuai pakai pastel dan berkulit gelap kena pakai bold (terang/ deep) color je. Sebenarnya tak tapi korang kena tahu je color yang mana sesuai dan kurang sesuai.  

Untuk kumpulan tona kulit lain kita akan terangkan dalam next post ya. Stay tune!

WithLove,
Kakmee🍜

Tona Kulit dan Padanan Warna Pakaian yang Sesuai Siri I

Manusia dilahirkan dengan pelbagai warna kulit. Tak kisah la kulit cerah ke, gelap ke, sawo matang ke janji bukan hijau biru kuning 🌈. Ye dak? hehe. Sebenarnya apa pon warna kulit korang, tetap special! Apa yang Pencipta tetapkan tu sebenarnya dah cantik dan sesuai dengan diri, bentuk muka, warna mata👀 atau warna rambut 👧 yang kita miliki.

Hari ni Kakmee🍜 nak ajak korang tahu kumpulan warna kulit korang. Barulah korang boleh pilih warna yang sesuai dan korang pon nampak BOMM! Haaaa lawa gittewww. Tak perlu dah korang nak telan segala supplement yang beratkan kidney korang tu semata-mata nak putih. Sebab ramai sangat orang rasa putih tu pakai apa pon lawa. TAKKKKK!! Korang hanya perlu tahu warna yang sesuai untuk tona kulit korang barulah pakai apa pon nampak WOW!




So korang warna kulit yang mana? Kalau tengok korang mesti rasa macam pening kan sebab banyak sangat. Sebenarnya semua warna ni dimasukkan dalam 4 kumpulan. So nanti barulah senang korang nak tahu tona kulit dan warna yang sesuai. Karang nak kena bawa pulak color pallet merata-rata. Hahaha.

Group 1 : Light & Fair
Group 2 : Medium & Olive
Group 3 : Tan & Brown
Group 4 : Dark Brown & Deep

Apa guna grouping ni? Untuk pengetahuan korang group yang sama adalah sesuai memakai warna yang sama. Sebab tona warna kulit tu tak lari jauh pon kan. 

Okay sampai sini je hari ni. Korang nak tahu tak color apa pulak yang sesuai untuk tona kulit korang? Kita jumpa dalam Siri II untuk tips pemilihan warna yang sesuai dengan tona kulit.

With Love,
kakmee 🍜

Nampak Gorgeous Dengan 5 Tips Ini!

Hi Gorgeoussss!


Hari ni Kakmee 🍜 kembali lagi dengan tips untuk share dengan korang. Biarlah kita cantik sama-sama. Yedop? hehe.

Kali ni Kakmee nak share pulak macam mana nak pilih pakaian bercorak atau sebenarnya kena pakai plain (kosong tanpa corak) aje. Ketahuilah yang corak memainkan peranan untuk buatkan korang nampak kurus atau besar. Sebab tu pentingnya kena tahu jenis bentuk badan barulah tahu corak jenis mana nak pakai. Korang yang belum tahun tu bacan dulu kat sini > Jenis bentuk badan.

Now Let's check it out how to choose the right patterns and prints for your body shape!

1. Apple 🍎
  • Pilih corak yang besar pada bahagian bawah untuk tambahkan 'volume' pada hips dan pilih baju yang tidak bercorak (plain) atau bercorak kecil untuk menampakkan bahagian atas tubuh yang kecil.
  • Anda disarakan memilih seluar/ skirt bercorak besar dan cerah, manakala pilih baju dengan solid color (tidak bercorak dan bold color adalah disarankan).

2. Pear 🍐


  • Cuba pilih corak yang mengurangkan 'volume' pada bahagian pinggul dan menambahkan 'volume' pada bahagian atas badan untuk memberikan keseimbangan.
  • Contoh corak yang anda boleh pilih adalah corak besar dan berwarna cerah untuk baju. Selain itu anda juga boleh memilih corak garisan melintang untuk baju atau blouse yang ingin dipakai.
  • Pilihlah seluar atau skirt yang berwarna gelap tanpa corak atau boleh juga memilih corak polka dots yang kecil.

3. Banana (Potongan lurus) 🍌


  • Anda yang mempunyai potongan begini sebernanya boleh memilih mana-mana corak yang anda suka.
  • Memakai pakain berwarna 'bold' atau bercorak dari kepala ke kaki pon tiada masalah. hehe


4. Hourglass ⌛
  • Anda dalam kategori beruntung juga kerana anda boleh memilih untuk memakai pakaian bercorak pada baju atau seluar atau kedua-duanya.
  • Jika anda ingin memakai pakaian jenis 'baggier', pilihlah seluar atau skirt potongan 'wide-leg', 'flared' atau A-line!


💋Tips tambahan:


  • Ketinggian juga memainkan peranan penting dalam memilih sesuatu corak.
  • Bagi anda yang bertubuh genik, pilih corak yang kecil seperti polka dot kecil atau garisan menegak untuk menampak tubuhmu tinggi.
  • Bagi anda yang bertubuh tinggi lampai, pilih corak yang besar.

Withlove,
Kakmee 🍜