Nota Meera Akmar: Nampak Gorgeous Dengan 5 Tips Ini!

Nampak Gorgeous Dengan 5 Tips Ini!

Hi Gorgeoussss!


Hari ni Kakmee 🍜 kembali lagi dengan tips untuk share dengan korang. Biarlah kita cantik sama-sama. Yedop? hehe.

Kali ni Kakmee nak share pulak macam mana nak pilih pakaian bercorak atau sebenarnya kena pakai plain (kosong tanpa corak) aje. Ketahuilah yang corak memainkan peranan untuk buatkan korang nampak kurus atau besar. Sebab tu pentingnya kena tahu jenis bentuk badan barulah tahu corak jenis mana nak pakai. Korang yang belum tahun tu bacan dulu kat sini > Jenis bentuk badan.

Now Let's check it out how to choose the right patterns and prints for your body shape!

1. Apple 🍎
  • Pilih corak yang besar pada bahagian bawah untuk tambahkan 'volume' pada hips dan pilih baju yang tidak bercorak (plain) atau bercorak kecil untuk menampakkan bahagian atas tubuh yang kecil.
  • Anda disarakan memilih seluar/ skirt bercorak besar dan cerah, manakala pilih baju dengan solid color (tidak bercorak dan bold color adalah disarankan).

2. Pear 🍐


  • Cuba pilih corak yang mengurangkan 'volume' pada bahagian pinggul dan menambahkan 'volume' pada bahagian atas badan untuk memberikan keseimbangan.
  • Contoh corak yang anda boleh pilih adalah corak besar dan berwarna cerah untuk baju. Selain itu anda juga boleh memilih corak garisan melintang untuk baju atau blouse yang ingin dipakai.
  • Pilihlah seluar atau skirt yang berwarna gelap tanpa corak atau boleh juga memilih corak polka dots yang kecil.

3. Banana (Potongan lurus) 🍌


  • Anda yang mempunyai potongan begini sebernanya boleh memilih mana-mana corak yang anda suka.
  • Memakai pakain berwarna 'bold' atau bercorak dari kepala ke kaki pon tiada masalah. hehe


4. Hourglass ⌛
  • Anda dalam kategori beruntung juga kerana anda boleh memilih untuk memakai pakaian bercorak pada baju atau seluar atau kedua-duanya.
  • Jika anda ingin memakai pakaian jenis 'baggier', pilihlah seluar atau skirt potongan 'wide-leg', 'flared' atau A-line!


πŸ’‹Tips tambahan:


  • Ketinggian juga memainkan peranan penting dalam memilih sesuatu corak.
  • Bagi anda yang bertubuh genik, pilih corak yang kecil seperti polka dot kecil atau garisan menegak untuk menampak tubuhmu tinggi.
  • Bagi anda yang bertubuh tinggi lampai, pilih corak yang besar.

Withlove,
Kakmee 🍜






No comments:

Post a Comment